Syukur kita bersama-sama dapat berkumpul dalam majlis yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman SEA kali ke-39 tahun 2017.

Syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa &  guru-guru yang menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. 

Sampan kotak hilir mudik,

Dayung patah galah sebatang;

Ikhtiar tidak datang menggolek,

Akal tidak datang melayang .
 Sekian, terima kasih.