PELANCARAN PROGRAM PEMBUGARAN NILAM 2018.πŸ“š

Puteri Bongsu cantik terperi

Minum air tampak berkaca

Demi jaya ilmu dicari

Nadi ilmu amalan membaca
                        πŸ“–πŸ“–πŸ“–πŸ“–πŸ“–

Membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang individu. Tabiat membaca perlu disemai dalam diri setiap insan sejak di bangku sekolah lagi. Melalui kesedaran tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Program Nilam di sekolah bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Untuk pengetahuan semua, 

NILAM merupakan akronim daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program Nilam merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah di seluruh negara. Program NILAM telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan murid Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga murid tamat persekolahan.
Objektif program nilam ialah:

*menjadikan murid banyak membaca

*menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Pengiktirafan dan ganjaran akan diberikan di sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM. Ganjaran dan pengiktirafan NILAM akan diberikan dalam bentuk buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM, menyatakan bilangan buku yang dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti sekolah. Akhir sekali, Nilam juga akan diambil kira untuk markah PAJSK. 
Pengiktirafan dan ganjaran nilam telah ditambahbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengiktirafan nilam bukan lagi tertumpu kepada bilangan buku yang dibaca. Tetapi mata ganjaran yang diberikan berdasarkan bilangan muka surat yang dibaca dan jenis bahan bacaan yang dibaca oleh murid. Pengiktirafan NILAM dikira dalam bentuk bintang iaitu sehingga 5 bintang.
                           πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š