*Info Disiplin*

Minta kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk memastikan penampilan anak-anak mengikut peraturan sekolah agar imej yang kemas dan menggambarkan imej seorang pelajar sekolah dapat dilihat ketika peperiksaan SPM/STPM berlangsung nanti.Berikutan itu,spotcheck akan diadakan pada *1 November 2018(khamis)* dan tindakan akan diambil sekiranya gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

*calon yang tidak mematuhi peraturan tidak akan diberi slip peperiksaan sehingga tindakan sewajarnya diambil oleh calon* 

*Perkara-perkara yang ditekankan adalah*:

1.rambut yang pendek,tidak berfesyen dan tidak berwarna 

2.kuku pendek

3.baju sekolah yang kemas dan bersih lengkap dengan tanda nama,tanda sesi dan badge sekolah-CALON SPM

4.stokin putih yg menutupi buku lali-CALON SPM

5.kasut yang bersih-CALON SPM

6.tiada jambang atau misai(pelajar lelaki)

7.hanya memakai sepasang subang (pelajar perempuan)

Terima kasih atas kerjasama semua.

Semoga anak-anak kita beroleh kejayaan dalam peperiksaan SPM/STPM akan datang.