Syukur Alhmdulillah.

Jutaan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 ini.

(Sabtu 24 Februari 2018) 🌹🌹🌹

Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SMK Taman SEA untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. 👫👬👭

Permuafakatan antara ibu bapa dan guru diharap dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama demi kemajuan dan kecemerlangan pelajar. 

Terima kasih juga kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru serta para pelajar SMK Taman SEA.

“Muafakat Membawa Berkat”

Sekian Terima Kasih.