Maklumat Terkini

Taklimat dan Perbincangan Persediaan Pembukaan Penuh Sekolah 15 dan 22 Julai 2020 Bersama KPPD Petaling Utama (Google Meet 2.7.2020 pukul 3.30 petang)

Susulan taklimat dan perbincangan di atas, pihak sekolah memilih MODEL 2 (sesi pagi dan petang) dengan mengubah susunan meja murid mengikut SOP PEPERIKSAAN. 

Oleh yang demikian, tiada berlaku penambahan bilangan kelas untuk pengoperasian penuh sekolah mulai 15.7.2020. Murid- murid Peralihan – Tingkatan 5 akan hadir ke sekolah seperti biasa.

Pihak sekolah suka mengingatkan bahawa pematuhan murid kepada SOP penjarakkan sosial adalah penting dalam usaha kita menangani penularan wabak covid-19.

Penjarakkan sosial 1 meter bermaksud satu depa tangan body-to-body.

Diharapkan ibu bapa/penjaga murid dapat berkongsi maklumat ini dengan anak/anak jagaan.

Sama-sama kita bekerjasama dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan wabak covid-19.Selamat kembali semua murid ke sekolah mulai 15hb Julai.