Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

  1. Melalui makluman terkini berhubung buku teks. Bagi murid-murid Tingkatan 1-5 2021 yang belum lagi bersekolah secara bersemuka, hanya ibu ATAU bapa ATAU penjaga (salah seorang sahaja) dibenarkan membuat pemulangan dan pengambilan buku teks di sekolah secara fizikal.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga tidak dibenarkan membawa bersama anak mereka ke sekolah.
  3. Bagi memastikan usaha SOP dapat dijaga dan dikekalkan, ibu atau bapa atau penjaga perlu mengambil nombor giliran di pondok pengawal seterusnya ke bilik SPBT di BLOK B aras bawah untuk pemulangan dan pengambilan buku teks. Setelah selesai, nombor giliran perlu dipulangkan semula di pondok pengawal keselamatan.
  4. Bagi murid-murid Tingkatan 5/2020 Pemulangan buku teks akan dilakukan selepas tamat kertas akhir peperiksaan SPM kelas anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, sijil berhenti sekolah anda akan di tahan.

Berikut disertakan lampiran jadual agihan buku teks bagi murid – murid Peralihan – Tingkatan 5 2021. Sekiranya terdapat perubahan, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima Kasih