Program BIJAK BM yang dilaksanakan dengan kerjasama PIBG SMK Taman SEA bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang dapat memperkasa Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua aktiviti yang dirancang adalah untuk membimbing murid-murid memahami dan mendalami Bahasa Melayu.

Program ini dilaksanakan setiap hari Rabu & Khamis (12.00 – 1.00 tgh) bermula Julai yang lalu.

Jutaan penghargaan kepada AJK PIBG yang telah menjadi tenaga pengajar dalam menjayakan program ini.